Loading...
Language: Malay
Diriwayatkan kepadanya oleh Ibn Abbas (RA) yang berkata: Pada hari itu seorang Muslim sedang mengejar seorang kafir yang berlari di hadapannya, kemudian dia mendengar deritan cemeti di atas kepalanya dan suara penunggang berkata: Majulah, wahai Haizum! [1] Dia pun memandang kepada orang musyrik yang telah jatuh tersungkur. Apabila dia memandangnya dengan teliti, didapati ada parut di hidungnya dan mukanya koyak seolah-olah telah dipukul cemeti, dan telah menghijau akibat racun cemeti itu. Seorang Ansar datang kepada Rasulullah (ﷺ) dan menceritakan kejadian itu kepada baginda. Baginda bersabda: Engkau berkata benar. Itulah pertolongan dari langit ketiga. Orang-orang Islam pada hari itu (iaitu hari Perang Badar) membunuh tujuh puluh orang dan menawan tujuh puluh orang. [2]
Reference: [1] Nama kuda yang ditunggangi malaikat (penterjemah) [2] Muslim: 1763